Saturday, January 22, 2011

Warkah buat 'KAWAN'

          Su,dah lama aku melupakan kau.Tak macam dulu.
Contohnya tadi, aku betul-betul lupa Su. Pagi
tu,aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan.
Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana
tidaknya, malam tadi aku tak tido semalaman.
                       
tidow lena sgt smpi bgun lmbt..

  Assignment bertimbun. Dengan test la, homework
la.Tu belum lagi dengan presentation. Lecturer –
lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai
je nak bagi assignment banyak-banyak. Diorang
ingat aku ni apa? Robot? Menyesal aku tak siapkan
awal-awal assignment tu. Kalau tak,takder lah jadi
macam ni. Minta maaf Su. Aku bukannya tak nak
jumpa kau, tapi kau faham-faham saje lah keadaan
aku. Bukan kau sorang jer yang aku tak jumpa, Su.

Zu pun dah lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry
bebanyak la Zu. Aku sekarang lambat balik kelas.
Pukul satu lebih. Lepas kelas aku lepak-lepak
sekejap. Tu pun kalau tak der kelas petang. Kalau
ada kelas petang nasib lar. Balik jer perut lapar
terus pergi makan kat dining. Lepas pekena, aku
tak lengah,terus tido. Kadang-kadang sekejap, tapi
selalunya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa
kau ‘time-time’ macam ni,tapi sekarang aku pun tak
tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku tak der
masa, Zu.
      
adooii...lepak je tau..

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak

macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku
sibuk, As. Petang-petang aku pergi library,study.
Tak pun, ada discussion time tu. Kau kan tahu aku
banyak assignment. Kejap-kejap ada perjumpaan.
Perjumpaan itu bukanlah tak tau nak sekejap, mesti
lajak sejam dua punya. Tu belum kira borak-borak
kosong lagi.


                             
aku bz la..xnmpk ke?????

              Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab
kau ni ganjil kot. Yang lain tak ganjil macam kau.
Macam mana nak jumpa kau,MagSekarang ni,latihan
sukan dah giat dijalankan. Aku pun ikut sekali
lar. Tak kan nak suruh duduk sesorang kat dalam
bilik. Balik pulak tu dah lewat. Balik dari main,
mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti.
Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi.                
sukan...sukan..ak sibukla...

      Lepas mandi,member-member aku ajak pergi makan
Aku tahu aku ada temujanji dengan Is malam ni,
pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah
tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diorang kata
aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak
dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang
la pulak. Lepas satu topic, satu topic lain yang
keluar. Balik lewat malam. Lepas tu layan game
pulak. Pastu mata mengantuk, terus padam. Is
sorry. Last-last, semuanya aku tinggalkan.
                         
makan byk beb..pas2 ngamtok...

korang tau x sape 2 SU...ZU...AS...MAG...IS...
tau x????confirm korang igt aweksss kn..kn..
sebenar2 nya....
diorang 2 lbih drpd seorang aweksss...
lbh drpd seorg kawan...
lbh drpd segala-galanya dlm hidup kita....

SU itu SUBUH....
ZU itu ZUHUR....
AS itu ASAR....
MAG itu MAGHRIB...
dan 4 surela..
IS itu ISYAK....

mereka 2 tiang agama...cm tiang kt masjid nie...
janganla terlalai dengan alasan korang sendiri xyakin munasabah ke x...
janganlah terleka dgn perkara2 yg membuat korang rugi nanti...
janganla korang taksub mengejar duniawi...
tanpa mereka ber5...
korang dan aku jgk mcm rumah xder tiang..
Wallahu'alam.....
  

Wednesday, January 19, 2011